My photo
Ipoh, Perak, Malaysia
ITS ALL ABOUT ME & RELATED! AM THE QUEEN OF THIS BLOG. HAPPY READING!

14 FEBRUARI 2012 - sambungan!

14 FEBRUARI 2012:

dah check-in dalam bilik 4-bedded, aku lepak je sorang2 - mak/hubby buat hal lain2 dulu - solat/makan/etc..

petang jam 5 - adik datang utk jemput mak balik ke rumah coz hubby yg akan jaga malam nih..

wakil dari office kedua - datang hantar big-hamper.. huhuuu

aku kena posa - takleh makan dulu sehingga jam 8 malam kang - coz operation/bius - takut muntah2 - depa hanya bagi milo aje! jadilah lapik perut yg tgh lapar - bayangkan tak makan apa2 sejak jam 7 pagi - HANYA BERBEKALKAN KURMA & AIR ZAMZAM SELUSUH hinggalah after operation jam 330petang selesai! nasib ada kurma (dah kenyang juga).

malam nih - hubby jaga aku kat spital - dia lepak tepi katil aku - sian dia coz tak selesa nak tido - so, dia mundar-mandir keluar masuk bilik aku.. most of the time dia tak dak dlm bilik pun - ntah kemana2 tah - agaknya dia tidur dalam keta kot!


15 FEBRUARI 2012:

lepak for the 2nd day at spital - so bored! cant do much - asyik terlentang aje - ade la gerak kaki tangan badan sikit2...

mak/eyla/hubby n not to forget my babybesar - hadi izzuddin datang melawat aku kat spital - aku tgk gelagat hadi yg excited lihat adik dia - sian baby besar - sepanjagn aku ngandung - dia kurang dapat layanan istimewa dari aku - bila dah dapat adik baru - alahai, dia macam paham je - yg ibu dia ada tanggungajwab baru yg perlu dihandle... sayang hadi izzuddin!

lepak - makan - tido - cuci2 - etc...


16 FEBRUARI 2012:

its time to check out from here... bekpas 1st... cuci2 1st.. lastkopek abdomen checking by doctor.. kemas itu, kemas ini - first time nak bangun dari katil utk shower - syoknya dapat mandi!

lunch time! bersedia utk packing nak balik! tgk baby - cium2 baby (wanginya baby ku ini!) - allahuakbar, maha suci allah yg memberikan rezeki zuriat sihat wal-afiat!

go to cashier & pay - WOWWW! ITS NOW EXPENSIVE LORRR - TOTAL COST FOR 3D2N  (MOMMY & BABY) = RM5,110.65 - last 3 yrs murah sket dari sekaarang - barang2 dah mahal / naik sokmo babe... alahai... :)

car is waiting - baby is coming - going home sweet home!

-eom-

14 FEBRUARI 2012 - SAAT DINANTIKAN!

sejak jam 430 pagi aku dimasukkan ke wad bersalin menunggu Dr Anjalai datang utk check-up! Aku siap boleh bersembang dgn mak lagi sambil menahan sakit2 manja (FASA PERTAMA - PENDAM) - mampu bertahan!

hubby blom sampai dari arah Seri Iskandar - jam 630pagi - hubby pun sampai Hospital - change duty dgn mak -  mak nak solat subuh kat spital sat - pastu hubby pulakk..

jam 700 pagi - doktor Anjalai dah mai & check vagina aku - dia kata baru 2cm bukaan - aku sakit2 fasa pertama tahap 2 - doktor suh hold till bukaan 10 cm - insyaallah aku sanggup lagi hold coz niat dihati aku nak bersalin NORMAL kali ini...

jam 900 pagi - aku sakit fasa pertama tahap 3 - mak n hubby sebelah aku jaga/urut2 pinggang aku yg sakit - bila dah sakit mmg rasa nak marah je hubby - serba tak kena - nak gerak jalan2 - Nurse tak bagi - sakit mak.. sakit... aku mengeluh!

aku bertahan lagi samapi jam 11 pagi - aku berada pada kesakitan SAKIT FASA KEDUA - zikir di mulut kuamt-kamit tak henti2 - air zamzam selusuh aku minum setiap kali sakit menghinggap - besi katil aku rentap sekuat mungkin utk menahan sakit yang amat sgt - HANYA ALLAH SWT MAHA MENGETAHUI!

jam 1145 pagi - Dr Anjalai datang lagi n check vagina - katanya:

"Ok, Puan Harnieza - bukaan dah 8cm tetapi kepala bayi masih jauh kedalam yea - before 2pm awak akan bersalin - I pecahkan air ketuban U untuk senang proses kepala baby turun yea"

panggg... terasa air ketuban memanncut keluar - kesakitan kian terasa HEBAT - aku resah gelisah - peluh menitik2 - mak usap peluh aku/ sisir rambut aku/ urut pinggang pinggul aku/ berzikir ditepi telinga aku/ baca yaasin utk aku - masyaallah, hebatnya pengorbanan EMAK.. tanpa emak, macam mana agaknya aku menghadapi keadaan itu?

HUBBY??? tidak akan sama layanan sari seorang IBU! EMAK - ampunkan dosa-dosaku..

kesakitan aku dah berada di FASA KETIGA (8cm daaaa...) -sakit! sakit! mak, sakit! jam 130 tghr - Dr Anjalai dtang lagi n check vagina - dia very surprised, coz - air ketuban dah keluar - bukaan dan 8cm lebih - TETAPI kepala baby masih jauh atas serviks - Dr anjalai pun bingung - so, dia bagi option kepada aku untuk tunggu another 2hours (jam 400 ptg - final) or do operation!

Demi ALLAH aku tak sanggup lagi menahan kesakitan tahap ketiga ini yg sakitnya bagai nak putus pinggang/pinggul aku setiap 3-5 minit sekali sakit... aku merengek kesakitan pada mak - SAKIT MAK, TAK TAHAN DAH, LETIH TAHAN SAKIT, PENAT! mak tumpang simpati pada aku yg dah lemah/lesu tahan sakit..

aku setuju buat operation - Dr. Anjalai arahkan rakan sejawat utk siapkan prosedur ceaserean - aku disorong ke bilik bedah sambil tahan sakit - dalam bilik bedah aku nampak depa dgn jarum-jemarumnya, pisau etc.. aku dah tak gerun dgn bendatu sumer coz aku sedang sakit amat sangat - tolonglah cepat uruskan - rengek aku!

pinggang belakang aku kena injection bius epidural - tak sakit pun kena cucuk jarum bius (heheh..??) - sakit nak bersalin mengatasi segalanya - aku dibaringkan - bius cepat berjalan - aku tak rasa apa2 dah pergerakan kaki aku - aku sedar separuh - terasa depa jolok "itu" utk masukkan tiub saluran kencing - redha jelah wheeii..

hubby kat sebelah kanan aku & aku nampak melalui cermin cahaya - proses ceaserean - TEPAT JAM 14:04 PETANG PADA 14 FEBRUARI 2012 - TADAAAA... ANAK LELAKI AKU DAH KELUAR - SYUKUR ALHAMDULILLAH - ZURIAT KEDUA IBU SELAMAT DIKELUARKAN DARI RAHIM INI - ALHAMDULILLAH, CANTIK KULITNYA MERAH MENYALA!

maka lahirlah anak yang ku kandung selama 40 minggu 1 hari (overdue sehari dari tarikh jangkaan bersalin) - sekarang masa depa nak jahit laks - its takes time - jam 3petang aku ditolak kedalam bilik 4-bedded - waiting for my hubby & mak...


selamat datang sayang!


tok dakap baby..


hadi izzuddin - happy dapat adik!


SAAT YANG DINANTIKAN TELAH TIBA!

CATATAN INI MEMANG DAH LEWAT SANGAT COZ AKU TADE KESEMPATAN.. ANYHOW, AKU CATAT APA YG TERLINTAS DI KOTAK FIKIRAN AKU..

SELEPAS CELEBRATE BIRTHDAY HADI IZZUDDIN YANG KETIGA TAHUN - 11 FEBRUARY 2012 - AKU MENUNGGU WAKTU YANG MENDEBARKAN - TARIKH 13 FEB 2012 (EDD KELAHIRAN BABY KE-2)..


13 FEB 2012:

hari ini genap tarikh EDD baby kedua aku - tapi tanda2 sakit nak bersalin tak mandang - oklah, boleh belasah/pekena makanan/minuman kegemaran aku - MAGGIE / NESCAFE / TEH TARIK.. kekekeke... paghahh!

bersantai dengan family dimalam hari - tottet-tottet - jam 12 tgh malam 14 FEBRUARY 2012 - aku rasa tak selesa sgt2 nak tidoq - aku ingat sakit main2 kot - takpe biar dulu - tido balik - aku tersedar balik dari tido jam 330 pagi (14 feb 2012) - rasa nak kencing sgt & sakit2 manja dibahagian pinggang/ponggong - aku turun ke toilet & naik atas bilik - just relax - TAPI - sakit kali ini rasa lain macam - aku mundar-mandir dalam bilik tak senang duduk - nak tido balik rasa tak ngam - nak duduk atas katil rasa tak boleh blah!

jam dah pukul 400 pagi - sakit.. sakit.. sengal.. macam nak putus pinggang aku - aku check vagina: DUMM! ADA TANDA CAIR LEKIT CAMPUR DARAH - sah itu tandanya aku bakal melahirkan anak.. akku turun ke bilik mak dan maklumkan kepadanya aku dah turun tanda (darah) - mak pun dah kelam kabut terkejut tergamam berita nih - dia pun bergegas bersiap - yg aku pun terpinga2 apa nak buat - sumer benda jadik gabra... huhuuu..

mak dah ready - adik pun dah ready - anak aku si Hadi Izzuddin, bibik jaga dirumah - abah standby dirumah - adik aku terus bawak aku gi Hospital Pantai - aku dah ngeliat sakit pinggang - nak dok dalam keta pun tak sanggup dah - sampai di Hospital Pantai, aku register ke Maternity Ward Tingkat 1 @ 14 FEB 2012 jam 430pagi - Staff Nurse bertugas buat kerja2 dialah - check vagina/etc... aku dibiarkan disitu utk Doktor Anjalai datang!

-eom-

11 FEB 2012 - HAPPIE BIRTHDAY HADI IZZUDDIN!

semalam birthday hadi izzuddin yang ke 3 tahun.

semakin meningkat besar anak hero ibu ini.. keletah hadi semakin celoteh - kalah abah dia! pot-pet-pot-pet cam ibu dia pulak... heheheh... anyway, itu suatu perkembangan yang bagus n positif - takdelah pendiam tak tentu pasal!

malam tadi lepas maghrib - kami sekeluarga ada makan2 ringan sahaja - abah dia beli cake coklat, funfries, nuggets, keropok dan bihun.. simple but enjoy - happie familie! tangkap gambar - suap-menyuap - etc...






abah beli cake 2 in 1 - anniversary & birthday! oklah tu - ingat gak abah pada ibu erkk... alhamdulillah!







abah dah beli hadi suatu hadiah istimewa - BASIKAL... semoga hadi cepat pandai kayuh beskal.. huhuuu..







IBU & ABAH UCAPKAN SELAMAT HARI LAHIR KE-3 TAHUN BUAT HADI IZZUDDIN!

SEMOGA KEHIDUPAN HADI IZZUDDIN DIBERKATI & DIREDHAI OLEH ALLAH SWT.. MOGA MENJADI NAK YANG SOLEH DUNIA & AKHIRAT... AMIN!!

FINAL CHECK-UP @ EDD 13 FEB 2012

pie checkup di Pantai Hospital degnan mak, hadi n bibik @ 930 pagi. punyalah ramai yg Q. my turn jam 12tghr... masya allah!

hadi sampai merengek nak balik - coz dia ngantuk nak tido - mak pun sama - sian depa! tak sangka lak kali nie pi begitu ramai org nya... alahai..

doktor check itu n ini - dia scan macam biasa - baby bergerak aktif (alhamdulillah) - dia check juga pangkal rahim (eee.... geli) - berat tak naik2 sejak 3 akli buat check up dgn dia - tekanan darah ok/normal! dia bagi tambahan 1 minggu hingga tarikh 20hb feb 2012 (next Monday) - tapi kena dtg jumpa dia for CTG pada 16hb feb 2012 (khamis) - seandainya dari tarikh hari nie hingga 20hb feb 2012, tiada tanda2 nak sakit bersalin atau apa jua - maka dengan rasminya OPERATION akan dilaksanakan!!

masyaallah, subhanallah.. ya allah! tolonglah hambamu ini - elakkan hambamu yg hina/daif ini dari menghadapi dugaan operation kali kedua... sakit! mahal! byk menyusahkan mak & abah nanti utk jaga aku...

YA ALLAH  - PERMUDAHKANLAH AKU BERSALIN! PERCEPATKANLAH AKU BERSALIN! SENANGKANLAH AKU BERSALIN! aminnn, ya rabballalamin...

HAPPIE 4th ANNIVERSARY!

HARI INI 7 FEBRUARI 2012 (SELASA) ADALAH TARIKH KERAMAT UNTUK AKU & HUBBY - IT WAS OUR 4TH ANNIVERSARY..

NO CELEBRATION THIS YEAR!

JUST WISH MY BELOVED HUBBY AND HOPE OUR MARRIAGE IS LONGLAST FOREVER & EVER.. AMINN!

-eom-

Selamat Bercuti!

CUTI LAGIK.... yahooo...

kali ini cuti 4 hari gitur - sesapa dok key ell pasti teruja nak balik kampong - hari jumaat semalam mesti kome teruja nak lekas sampai kampong halaman.. kan? kali ini cuti sabtu ahad disambung lagi dengan isnin & selasa..

dikesempatan ini, aku nak ucapkan SALAM MAULIDURRASUL kepada semua umat islam sedunia yang akan disambut pada 5 Februari 2012 (12 Rabiulawal 1433H). so, ahad & isnin cuti lah kome...

pehtu, cuti bersambung pulak dengan sambutan Thaipusam pada selasa 7 Februari 2012... direct kome cuti ek... sonoknya!!!

kebetulan lah pulak tarikh 7 FEB 2012 adalah 4th ANNIVERSARY aku.. huhuuu... tak dapek nak celebrate tahun nih - coz - aku dah sgt sarat menunggu hari nak bersalin...

keGABRAan nak menunggu bersalin lebih terserlah daripada nak menyeleberate anniversary-mary.. huhuuu.. YA ALLAH, TOLONG AKU SEMOGA SELAMAT & SENANG BERSALIN NANTI! aminn..

FEBRUARI 2012 YANG BERMAKNA..

sedar tak sedar dah masuk bulan februari - bulan kedua tahun masihi. BULAN FEBRUARI tahun 2012 - mmg amat bermakna buat aku sekeluarga..

Februari ini banyak agenda yang pastinya amat seronok diraikan. Tarikh-tarikh penting yang perlu diingatkan. antaranya:
  • hari ini (2 feb) birthday kakak ipar aku - ummu khairat (emy) - dah masuk 4 series (40 tahun)
  • 7 feb - hari ulangtahun perkahwinan aku yang ke 4
  • 11 feb - hari lahir hadi izzuddin yang ke 3
  • 13 feb - expecting date for 2nd new born baby boy - insyaallah!
aku juga akan buat final checkup pada 10 februari 2012 (jumaat) - harapan aku biarlah segala urusan berjalan dengan lancar dan selamat - niat dihati kecil aku kalaulah baby ini dapat lahir pada tarikh 12 Rabiulawal 1433H ini bersamaan 5 FEB 2012... hanya allah yang berkuasa atas segala sesuatu! aminn..

nampak gayanya, kali ini tak dpat nak celebrate birthday hadi macam tahun2 lepas.. 1st birthday dulu hadi dapat kereta elektronik. for 2nd birthday hadi dapat motor elektronik. for this 3rd birthday - aku rasa nak minta hubby belikan dia basikal lah... beli hadiah sahaja - NO CELEBRATION!

AKU NAK BERSALIN DAH WHEII.. NAK SAMBUT BABY BARU... NAK PAKAI DUIT!

mungkin akan buat celebration serentak next year for hadi & baby - itu jam kalu ada rezeki baru kasi bikin GRAND BIRTHDAY CELEBRATION!

insyaallah...